Tuesday, May 5, 2009

LENCANA SEKOLAH


KETERANGAN LENCANA SEKOLAH :

OBOR & 2 BATANG KAYU HOKI adalah sebagai semangat juang yang kental menjadi penyuluh hidup dan semangat kesukanan yang membara .
BULATAN KECIL melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama dari semua warga sekolah dalam menaikkan imej sekolah.

BUKU sekolah melambangkan pusat ilmu. Di mana ianya merupakan tapak bagi murid menimba ilmu dan terus maju mengikut kebolehan masing – masing .

JATA melambangkan kekuatan dan kemegahan serta semangat perpaduan antara murid-muridnya.

ALAT GEOMETRI melambangkan semangat belajar yang berterusan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
KETERANGAN WARNA

Lencana ini dibentuk atas kombinasi 3 warna utama iaitu
merah, biru dan puteh.
WARNA MERAH iaitu melambangkan semangat
kecekalan dan keberanian.
WARNA BIRU iaitu melambangkan semangat perpaduan.
WARNA PUTIH iaitu melambangkan kesucian.
SENARAI GURU DAN STAF SOKONGAN
SK. PASIR PUTEH (P), 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN


1. PN. RAHIMAH MAMAT - GURU BESAR
2. PN. HJH. HASNI BT. ISHAK - PENOLONG KANAN 1
3. PN. NURMIZAN BT MUSNEH@MUSANNEF - PENOLONG KANAN HEM
4. PN. ZALIHA BT ISMAIL - PENOLONG KANAN KO
5. PN. NORLAILI BT HAMAT
6. PN. AMINAH BT. MOHAMAD - GURU CEMERLANG
8. PN. HJH. ROHANI BT. ABDULLAH - SU KURIKULUM
9. EN. AHMAD ROSDAM B MOHD YUSOF - SU KOKURIKULUM
11. PN. HJH. NIK RASINAH BT. NIK HASSAN - PENYELARAS PPSMI
12. PN. HASNAH BT. DOLLAH - PENYELARAS UPSR
13. PN. NORASIKIN MOHAMAD - SU PEPERIKSAAN
14. PN. WAN RAHIMAH WAN MAMAT - GURU KAUNSELING
15. PN. NOR ISAH BT. MOHAMAD - SU RIMUP
16. PN. NUR AIDAH BT. CHE MOHAMED - SU SBT
17. EN. RADZI B. MOHAMAD - SU PPDa
18. PN. WAN NAZIMAH BT. WAN DAUD - SU KERAIAN
19. PN. SITI NOR BT. ABD. HADI - SU DISIPLIN
20. PN. ZALMA BT. HARUN - SU SPBT
21. EN. SAIFUL ADLI B MOHAMAD - SU KEBAJIKAN MURID
22. YM TG. RAHAYA BT. TG. OTHMAN - SU 3K
23. PN. ZAMANI MOHD TAIB - SU KEBAJIKAN GURU
24. PN. YUSNITA BT MOHD NOR - SU KESIHATAN
25. PN. HJH. FAUZIYAH BT. ABD. GHANI - GURU PRASEKOLAH
26. PN. ROHANI BT. DOLLAH - SU MESYUARAT GURU
27. PN. ROSLINA. BT. ABD. RAHMAN - SU PROTIM
28. PN. AZURAINA BT. ABDULLAH - PENYELARAS PSS
29. EN. AZHAR B. AHMAD - PENYELARAS J-QAF
30. PN. ALENI BT. CHE MOOD - SU J-QAF
31. PN. RAFEAH BT ABD LATEH - BENDAHARI J-QAF
32. EN. RODIN JAYA B SAID
33. PN. NOOR AZIZAH HARUN -

STAF SOKONGAN :

1. EN. ABDULLAH MOHAMAD - PEMBANTU TADBIR
2. PN. MAIRA BT MAT NOR - PEGAWAI KERANI RENDAH
4. EN. UMAR ZAKIR B. MOHAMAD SAMSUDIN - JURUTEKNIK
5. EN. ROSLI B. YUSOFF - PEKERJA AM RENDAH
6. EN. HANAFI B ISMAIL - PEKERJA KONTRAK SWASTA
7. YM. TG. ANUAR B. RAJA ISMAIL - PEKERJA KONTRAK SWASTA
8. PN. ROSMAH BT. YUSOFF - PEKERJA KONTRAK SWASTA
10. PN. SITI NORMA BT. HUSSIN - PEMBANTU PRASEKOLAH
MISI SEKOLAH
• Pengurusan berkualiti.
• Pengurusan akademik yang efisyen.
• Pembangunan insan yang seimbang dan
menyeluruh.
• Pengurusan sumber yang optimum.
• Pengurusan berteraskan
• Teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT).
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (P)
mencapai kecemerlangan
Akademik dan Kokurikulum pada tahun 2013
LATAR BELAKANG SKPP(P)

Pada tahun 1943 Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah dipecahkan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) dan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (P). Pada awalnya tapak sekolah ini terletak di atas tapak yang digunakan oleh Telekom sekarang di atas keluasan 2 ekar 200 depa. Pada tahun 1949 sekolah ini telah mendapat tapak baru untuk didirikan bangunan sendiri. Sebuah bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah yang telah siap dibina. Pada tahun 1951, satu lagi bangunan tambahan dibina yang dapat memuatkan 9 bilik darjah.

Pada tahun 1982 sekolah ini mendapat bangunan baru 2 blok 3 tingkat yang menampung pelajar perempuan seramai 600 orang dengan 16 buah bilik darjah. Tenaga pengajarnya seramai 30 orang. Beberapa kemudahan asas terdapat di sekolah ini. Dari semasa ke semasa sekolah ini sentiasa berkembang maju termasuk bidang akademik dan keceriaan. Tahun 1995 sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina pagar yang menarik dan sesuai dengan kedudukan sekolah di pusat bandar.

Tahun 1994 sekolah ini telah menerima anugerah Sekolah-Sekolah Dalam Taman yang terbaik peringkat Negeri Kelantan. Tahun 1995 sekolah mendapat tempat keempat terbaik dalam pencapaian UPSR peringkat PPD Pasir Puteh-Bachok. Keputusan yang cemerlang ini adalah merupakan julung-julung kali dicapai semenjak bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Antara Guru Besar – Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah :1. Nik Mariam Hj. Yusoff - 1943 – 11.11.19572. Zainab bt. Busu - 12.11.1957 – 31.12.19843. Wan Aishah Wan Adam - 01.01.1985 – 10.10.19904. Hamidah Muda - 01.03.1991 – 31.08.19925. Wan. Muhamed Wan Ismail - 01.12.1992 – 15.12.19936. Hjh. Salmi bt. Hj. Ismail - 16.12.1993 – 04.07.20007. Hjh. Rusidah Yusoff - 05.07.2000 – Sekarang


Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (P) sekarang mempunyai tenaga pengajar seramai 31 orang, 6 orang staf sokongan, 4 orang pekerja kontrak dan 3 orang Jaga yang berjumlah seramai 44 orang.Bilangan murid seramai 397 termasuk Prasekolah dan mempunyai sebanyak 14 kelas.Sekolah ini sekarang mempunyai 5 blok bangunan iaitu, Blok A ( kelas ), Blok B ( kelas dan pentadbiran ) dan Blok C ( Makmal Komputer ), Bangunan kayu yang mempunyai 4 kelas dan kedai sekolah, Bangunan Prasekolah. Antara bilik-bilik khas yang ada ialah Pusat Akses, Bilik PPSMI, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru, Pejabat, Makmal Sains, Musalla, Bilik Gerakan, Bilik Sukan,kantin, Bilik Etems, Bilik Pemulihan, Kedai sekolah, Bilik j-Qaf, Bilik SPBT, Dewan Sekolah, Bilik Kemahiran Hidup & Stor Sukan.

Sunday, May 3, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH (P)
16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
NO TEL @ FAKS : 097865150